Manfaat Bentonite Clay untuk Perawatan Wajah

Bentonite Clay atau pun nama lainnya Montmorillonite Clay terhasil dari ash atau debu-debu dari gunung berapi.

Banyak digunakan dalam produk kosmetik dan telah digunakan beratus tahun yang lalu sebagai ubat penyembuh pelbagai penyakit.
Bagaimana Bentonite Clay boleh menyembuhkan penyakit?
Ia bukanlah ubat, tapi sebagai agen detox atau menyahtoksin. Bentonite Clay kaya dengan ion-ion negatif yang mana fungsi ion-ion negatif ni menyerap segala ion-ion positif dari toksin-toksin, bakteria, virus dan sebagainya.
Jika ambil secara dalaman, ia akan menyerap ion-ion positif dari dalam sebelum toksin, bakteria atau virus bertindak menyerang tubuh.
Sama juga jika ambil secara luaran, iaitu sebagai masker atau mandi berendam dengan air Bentonite Clay. Ia akan menyerap segala ion-ion positif melalui kulit dan ia tak akan menyerap semula ke dalam kulit.

Ada 2 Jenis Bentonite Clay:

Sodium Bentonite Clay ↔ sesuai digunakan secara luaran, iaitu untuk sapuan pada kulit sebagai masker, air mandi berendam atau buat produk kulit.
Calcium Bentonite Clay ↔ sesuai untuk kegunaan luaran dan dalaman. Ianya boleh dimakan. Beza antara kedua-dua Tanah liat ini adalah bentuk molekulnya dan harganya. Calcium Bentonite Clay lebih mahal, 2 kali ganda harga Sodium Bentonite Clay.

 

1) Menyerap minyak di atas kulit; penyebab masalah jerawat & liang pori tersumbat.

2) Membuang toxin.

3) Bersihkan kulit.

4) Meningkatkan pengedaran darah. Menjadikan kulit berseri-seri.

5) Mengurangkan kemerahan dan radang di atas kulit seperti eczema, psoriasis & ruam (inflamatory).

6) Sebagai scrub.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: