Minyak Argan

Minyak Argan adalah minyak tumbuhan yang dihasilkan dari biji pokok argan (Argania spinosa L.) yang lazim kepada negara Maghribi. Di sana, minyak argan bukan sahaja digunakan dalam kosmestik malah ia digunakan untuk mencelup roti ataupun pasta.

Minyak argan telah lama digunakan untuk merawat penyakit kulit dan juga sebagai pelembap kulit, bibir dan juga rambut. Kandungannya mengandungi Fatty Acid (bukannya lemak) dan Vitamin E yang tinggi, mudah serap dan tidak melekit sesuai bagi khasiat tambahan (booster) untuk kulit.

Minyak ini bukan sahaja melembapkan kulit malah berperanan sebagai agen anti penuaan kerana tinggi dalam kandungan anti-oksidan. Kandungan Vitamin E juga membantu untuk mengurangkan kedutan dan boleh mengurangkan parut serta kesan stretchmark selepas bersalin.

Disebabkan minyak ini tidak melekit, ia juga digunakan untuk merawat masalah jerawat yang biasanya disebabkan oleh kulit berminyak. Kandungan anti-oksidan membantu dalam mempercepatkan pemulihan sel-sel kulit dan mengurangkan kesan parut jerawat.

Untuk rambut juga, minyak ini sesuai sebagai Conditioner semulajadi yang membantu merawat rambut bercabang dan kulit kepala.

 

 

Sumber:

https://en.wikipedia.org/wiki/Argan_oil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: