Stress dan Kesan Kepada Kulit

Hari-hari sememang ada masa untuk stress, setiap hari mengadap jem, bayar tol, isi minyak dan bayar bil. Macam-macam boleh membuatkan kita menjadi stress. Stress telah menjadi sebahagian daripada hidup yang perlu kita terima setiap hari. Lagi-lagi kepada yang tinggal di bandar-bandar besar macam di Kuala Lumpur (banyak betul tol).

Stress memberi kesan kepada emosi, badan termasuk kepada rambut, kulit dan kuku. Ada yang mengaitkan stress dan juga kanser.

Bagaimana Kesan Stress Kepada Kita

Perasan tak apabila kita stress, katakan masa kita dikejar-kejar oleh bos kita, dateline dah dekat (lagi teruk terlepas tarikh), tak pun lewat untuk meeting ditambah lagi dengan jalan jem, masa macam inilah orang kata siap berpeluh lagi, muka pun berminyak, ni kiranya contoh yang biasa kita hadapi.

Muka berminyak sebenarnya hasil dari badan yang stress, menghasilkan hormon-hormon dan tindakbalas kimia untuk kelenjar menghasilkan keadaan kulit berminyak, yang seterusnya menjadikan kulit bermasalah seperti jerawat, ekzema dan lain-lain masalah kulit. Tambah teruk lagi stress itu sendiri menghalang kulit daripada sembuh dengan cepat.

Masalah jerawat atau lain-lain masalah kulit terutama di kawasan muka yang itu sendirinya menambahkan lagi stress yang menambahkan lagi masalah yang dah masalah.

Bagaimana Mengurangkan Stress

Sekarang stress dah menjadi sebahagian daripada hidup sehari-hari, terutama yang bekerjaya dan hidup di bandar-bandar besar. Jadi nak lari daripada stress, sememangnya agak sukar, jadi perlulah belajar untuk menguruskan stress. Cuba-cuba yang mana boleh:

  1. Tidur. Tidur yang cukup yang terutama sebelah malam. Jadikan amalan tidur selama 8 jam sehari  . Displinkan diri dan anak-anak supaya tidur dan bangun pada waktu yang sesuai.
  2. Berjalan. Cuba berjalan dengan cara yang selesa, tidak terlalu laju dan cuba melihat keadaan sekeliling. Berjalan pun terbukti untuk memudahkan tidur di waktu malam.
  3. Bersukan. Cuba bersenam pada tempoh masa tertentu setiap hari. Sertai kelas yoga, senamrobik atau pun pergi taman-taman. Bersenam dan bersosial dengan ramai orang boleh merehatkan badan dan stress. Menyelam sambil minum air.
  4. Its ME time. Cari satu aktiviti yang boleh mengalih perhatian, yang menyeronokkan, sekurang-kurangnya sejam, tidak pun selama setengah jam setiap hari. Cuba elak dari bermain FB ataupun mengadap smartphone.
  5. Bersosial. Carilah kawan-kawan yang positif, jumpa diluar, simpan telefon.
  6. Ambil cuti. Cuti memang pengubat stress, tak perlu katakan lagi.
  7. Break from the routine“. Rancang masa, tapi hati-hati, terlalu merancang juga menambah stress, cuba masukkan sekali aktiviti diluar daripada skop kerja, seperti pergi wayang selepas kerja ataupun keluar minum bersama kawan sebagai kerja yang dirancang siap.

Kadang-kadang kita biasa menyalahkan produk-produk kecantikkan atau kesihatan tak berkesan, tapi kekadang cuba pada keadaan diri sendiri, adakah kita stress?

P/s; Try hugging your husband/wife and your childrens more, everyone needs a good hug. It’s a cure for stress.

 

Rujukan:
http://www.webmd.com/beauty/the-effects-of-stress-on-your-skin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: