April 22, 2017

Mary Jardin Detox Clay Mask

Topeng wajah yang diperbuat daripada tanah liat semulajadi ini menggalakkan pembaharuan dan pembaikpulih sel kulit wajah dengan tindakbalas enzim yang sederhana bersama bahan yang membantu pengelupasan kulit.

Topeng ini kaya dengan vitamin dan nutrien yang bermanfaat kepada kulit yang kusam dan keletihan. Topeng Tanah Liat Detoxs oleh Mary Jardin ini memelihara kulit wajah melalui 3 tindakan ini:

1. Membersih jauh ke dalam liang roma dan membantu pengelupasan kulit secara semulajadi.

2. Membantu pembaharuan dan penambahbaikkan sel kulit.

3. Melembap dan mengurangkan keradangan dan kulit sensitif.

Produk ini dirumus dari tanah liat semulajadi, arang aktif, ekstrak betik hijau, tunas lavender dan zink oksida.